Selasa, 21 Disember 2010

Keningau hampiri sasaran sebagai pengeluar padi terbesar di Sabah

KENINGAU KINI

KENINGAU: Keningau menghampiri sasaran sebagai pengeluar padi terbesar di negeri ini selepas berjaya menghasilkan tuaian padi 10 metrik tan sehakter.

Kejayaan itu dihasilkan melalui Projek Peningkatan Hasil Tanaman Padi Ke Arah 10MT / Hakter, yang diilhamkan oleh Jabatan Pertanian Keningau yang bermula pada awal Oktober lepas.

Pegawai Pertanian Kening- au Leon Annol yang membawa wartawan ke tapak projek yang terletak di Kg. Ambual memberitahu, pelaksanaan projek printis itu melibatkan keluasan sawah kira-kira 100 ekar atau 40.3 hakter yang diusahakan secara berkolompok oleh seramai 38 orang petani di kampung itu.

“Kita berjaya akhirnya,” katanya dan memberitahu, pencapaian terbaik penghasilan padi di negeri Sabah ialah 5 metrik tan sehakter.

Beliau berkata, projek yang dilaksanakan di Kg. Ambual akan menamatkan kemelut pergantungan beras import, jika petani akan terus menggunakan amalan pertanian moden seperti yang diperkenalkan oleh jabatan itu.

Sebelum ini sawah yang diusahakan oleh petani melalui amalan konvensional, sekadar dibuat menurut warisan untuk mendapatkan beras sebagai keperluan keluarga.

Bagaimanapun Leon berkata, Jabatan Pertanian berjaya menamatkan amalan itu dengan melakukan rombakan prepsepsi minda petani, dengan cara meletakkan ‘padi sebagai sumber kekayaan’.

“Dan ia terbukti pada hari ini,” katanya dan menambah, kesediaan petani untuk menerima tranformasi itu antara factor penting kejayaan projek itu

Pegawai itu menjelaskan padi yang dihasilkan melalui projek itu jika diniagakan, memberi pulangan pendapatan kepada petani kira-kira RM49,- 972 atau RM1,240 sehakter dalam tempoh 100 hari.

Purata pemilikan sawah dikalangan petani di Kg. Ambual ialah 5 hakter atau purata pendapatan semusim mereka ialah RM3,720 seorang. Semusim bersamaan dengan 100 hari dengan menggunakan benih padi daripada variety MR159.

“Ini membuktikan pertanian padi kini merupakan satu perniagaan yang amat menguntungkan,” katanya.

Projek peningkatan hasil tanaman yang diilhamkan oleh Jabatan Pertanian Keningau, memperkenalkan kaedah perta- nian moden yang dikawal sepenuhnya berdasarkan protokol terpimpin sejak awal penyediaan tapak.

“Kita memperkenalkan kepada petani system pertanian yang teratur, dengan mengesyorkan penyeragaman petak sawah, penanaman melalui kaedah tabur, pengawalan air, kawalan rumpai dan pembajaan yang teratur,” katanya.

Leon memberitahu, matlamat jabatan untuk mengalihkan budaya konvensional kepada cara moden dikalangan petani berjaya dilaksanakan.

Katanya, melalui kaedah baru itu petani mampu meraih pendapatan berlipat kali ganda berbanding sebelum.

Menjawab satu soalan, Leon berkata, jabatan pertanian Keningau sedang berusaha untuk membawa teknologi yang boleh membantu petani menghasilkan pelbagai kegunaan, ke atas bahan buangan padi seperti jerami dan hempas padi.

“Semua ini dalam perancangan jangka panjang,” kata- nya.

Sementara itu ketua peserta projek itu, Garius Pukin memberitahu, pihaknya akan memperluaskan saiz penanaman padi mulai pada tahun hadapan.

“Kita akan mempertimbangkan cadangan penanaman padi tiga kali setahun, dengan menggunakan veriati padi MR159,” katanya dan menambah, projek itu termasuk dalam perancangan untuk menjadikan Keningau sebagai pengeluar padi untuk keperluan domestik di negeri ini.

34 ulasan:

mandau berkata...

keningau juga akan menjadi jelapang padi Sabah menandingi Kota Belud.

azman berkata...

peningkatan pengeluaran padi adalah baik bagi menambah bekalan beras untuk negeri ini.

azman berkata...

penggunaan teknologi moden dan baka yang berkualiti boleh meningkatkan hasil pengeluaran. tidak mustahil jika satu hari nanti Keningau akan menjadi lebih terkenal melalui tanaman padi.

nickko berkata...

jika kejayaan di Keningau ini dapat diguna pakai di semua daerah, pasti kemiskinan di Sabah dapat dikurangkan.

Anak Sabah berkata...

Sangat baik kalau begitu. Tahniah kepada pencapaian Keningau, tapi masih perlu teruskan usaha lagi. Lain kali mesti dapat mencapai sasaran sebagai pengeluar padi terbesar di Sabah!

Anak Sabah berkata...

Diharapkan semua rakyat yang lain juga berusaha supaya dapat mencapai pencapaian yang baik dalam semua industri.

Nemia berkata...

Well, it can beat Kota Belud as the biggest rice producer in the entire Sabah soon.

onong berkata...

Nampaknya Keningau kini semakin maju ke arah penghasilan padi.

Tanpa Nama berkata...

jika penanaman padi terus diusahakan di keningau, ini dpt membantu penduduk meningkatkan taraf hidup mereka.

Sanih Alias berkata...

Harap keningau akan terus memberikan pengeluaran padi kepada negeri ini. Supaya negeri ini tidak payah mengimport beras dari luar lagi.

Unknown berkata...

Dua daerah ini merupakan pengeluar padi dinegeri kita ini. Semoga Keningau dan Kota Belud akan memberikan sumber beras pada masa akan datang.

Sanih Alias berkata...

tahniah kepada Jabatan pertanian kerana memberikan cadangan yang baik kepada penanam padi di keningau. Teruskan usaha untuk mencapai sebagai daerah pengeluar padi terbesar di Sabah pada masa akan datang.

mike berkata...

kemungkinan keningau akan muncul sebagai jelapang padi sabah.

mike berkata...

kebergantungan kepada beras import dapat dikurangkan..

mike berkata...

mungkin inisiatif serupa boleh digunakan ke atas penanaman lain seperti halia.

mike berkata...

ini adalah antara cara yang boleh membasmi kemiskinan di kalangan petani..

mike berkata...

diharapkan usaha ini akan diteruskan...

nickko berkata...

kerajaan perlu berusaha membawa lebih banyak teknologi yang mampu memodenkan sektor pertanian di negeri ini.

Velove berkata...

Maka pendapatan Sabah akan terus maju ke depan.

Paquin berkata...

Baguslah ini berita baik ni.

Paquin berkata...

Ya azman.. memang tidak mustahil keningau jadi terkenal melalui tanaman padi.

Paquin berkata...

Setuju nickko. Jika setiap daerah pun mempunyai kejayaan besar dalam apapun kegiatan pertanian yang mereka lakukan, pasti kemiskinan lebih mudah dibasmi.

Paquin berkata...

Jangan leka dengan kejayaan ini dan teruskan usaha utk mencapai pencapaian yang lebih cemerlang.

Paquin berkata...

Apapun taniah kepada jabatan pertanian :)

wake berkata...

It's a good thing actually. Keningau will be the second producer for paddy in Sabah.

Unknown berkata...

Hopefully it will be materialized soon.

Mohd Ishak berkata...

Memang bagus pencapaian mereka ini. Berusaha lagi untuk pencapaian yang lebih baik.

kb girl berkata...

Tahniah.Terus berusaha, sasaran pasti tercapai musim akan datang.

Unknown berkata...

Harapan kita ialah seluruh Sabah capai sasaran dan Sabah tidak perlu mengimpot beras malah mengekpot beras kerana kita ada tanah yang luas.

Unknown berkata...

Harap kita akan mencapai tahap 100% cukup beras untuk Sabah.

Unknown berkata...

Sudah hampir bermakna akan mencapai sasaran pada musim akan datang.
Tahniah pada semua pihak yang berusaha.

captain berkata...

Kawasan Beluran dan Kota Belud sangat berpotensi.
Ketiga kawasan ini sesuai dijadikan jelapang padi Sabah.

Antanum berkata...

Satu usaha yang perlu diberi galakan dan perhatian. Ini dapat mengembangkan lagi sektor pertanian kita disamping meningktkan lagi ekonomi kita...

Unknown berkata...

Cuba lagi pada musim akan datang. Usaha gigih pasti berhasil.