Ahad, 24 Oktober 2010

Umno akan buat `rombakan’ hadapi pilihanraya


Umno7_thumb2 Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan Umno akan membuat `rombakan’ di peringkat tertentu dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, presiden Umno itu tidak menjelaskan bentuk `rombakan’ yang akan dilakukan.

Bagaimanapun, difahamkan ia membabitkan `rombakan’ pimpinan Umno di beberapa negeri bagi persediaan menghadapi pilihanraya umum.

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung Umno di PWTC petang ini, Perdana Menteri juga berkata, Umno tidak mahu berkuasa tanpa pemimpin yang boleh berjasa kepada rakyat dan negara.

"Umno akan menyelamatkan negara. Biar rakyat yang menilai kami.

"Umno dahulukan rakyat, ini tranformasi Umno," katanya lagi.

Mohd Najib menegaskan Umno mesti menuju sifar masalah kerana kerusi yang boleh menang, kalah kerana tidak dapat menyelesaikan masalah bahagian.

"Saya minta cari jalan penyelesaiannya," katanya.

Beliau juga megumumkan bahawa beliau dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun ke bahagian untuk melihat persiapan di peringkat negeri.

Menurutnya, Umno telah melakukan tranformasi sejak setahun lalu iaitu sejak meinda perlembagaan parti bagi membolehkan lebih ramai ahli terbabit memilih pemimpin.

Perdana Menteri juga menegaskan agenda kedudukan orang Melayu akan terus diperjuangkan Umno.

"Di dalam mesyuarat MCA yang saya rasmikan, di depan presiden MCA saya tegaskan jika hanya satu kaum yang mendapat kekayaan ia tidak adil.

"Jadi kalau kita menolong bumiputera, mereka jangan marah. Kerana mereka juga mendapat kekayaan dari pemberian Umno," katanya.

Tiada ulasan: