Ahad, 24 Oktober 2010

Penantian Berakhir, Jambatan Putus Siap Dibina

SELANGOR KINI

PUCHONG – Sambungan Jalan Kinrara- Taman Sri Manja, Petaling Jaya, siap dibina, sekali gus menamatkan penantian hampir 10 tahun penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim, ketika melawat laluan yang sebelum ini digelar ‘jambatan putus’, semalam, berkata, beliau lega apabila kerja-kerja menyiapkan sambungan jambatan persimpangan Kinrara Utara dari Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) yang dimulakan akhir tahun lalu, siap sepenuhnya.

“Pembinaan jambatan ini pernah dijanjikan dalam dua pilihan raya umun (PRU) lalu tetapi baru tahun lepas dilaksanakan, itu pun selepas dibangkitkan di parlimen,” katanya sambil mendakwa, ada pihak teragak-agak untuk meneruskannya selepas PRU lalu.

Tambah beliau, jambatan tersebut sepatutnya siap semalam, walau bagaimanapun kerja-kerja akhir masih dijalankan dan masih belum dibuka kepada orang ramai.

“Apa pun kita tidak menidakkan desakkan Ahli Parlimen yang terdahulu dalam pembinaan ini, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan itu.

Hadir sama ialah ADUN Puchong, Gobind Singh Deo.

Tiada ulasan: