Sabtu, 23 Oktober 2010

Pemuda PAS bantah festival busana hina Islam

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU: Umat Islam yang prihatin menyertai tunjuk perasaan secara aman bagi membantah penganjuran Festival Busana Muslim yang menghina Islam.

Bantahan secara aman itu dianjurkan oleh Pemuda PAS Terengganu diadakan selepas mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu dan Masjid Batu Rakit, Setiu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani ketika menyertai demonstrasi aman di luar kawasan Masjid Pengadang Baru berkata bantahan diadakan serentak di seluruh negara oleh Pemuda PAS Pusat dan negeri-negeri selepas solat Jumaat, hari ini.

Katanya, penganjuran Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu yang dinaungi ‘Wanita Pertama’, Datin Seri Rosmah Mansor jelas menghina Islam kerana pakaian model yang terlibat tidak menutup aurat.

“Ada model menggayakan fesyen yang memakai baju tidak menutup aurat dengan tulisan ‘Muhammad’ yang jelas memalukan umat Islam.

“Pemuda PAS bantah sekeras-kerasnya dan jika dibuat sekali lagi di negara ini akan ditentang dan akan kerah seberapa ramai umat Islam untuk bantah sehingga penganjuran itu dibatalkan,” tegasnya.

Beliau berkata, Pemuda PAS amat sensitif dan akan menentang dengan apa cara sekali pun walau terpaksa dengan pengorbanan darah dan nyawa.

“Pemuda PAS desak Rosmah selaku penaung program itu minta maaf secara terbuka dan pihak berkuasa ambil tindakan,” ujarnya di hadapan kira-kira 1,000 orang.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ketua Pemuda PAS Marang, Wan Ahmad Zuki Wan Ismail turut serta.

Di Masjid Batu Rakit, lebih 500 umat Islam menyertai bantahan tersebut.

12 ulasan:

Unknown berkata...

“Ada model menggayakan fesyen yang memakai baju tidak menutup aurat dengan tulisan ‘Muhammad’ yang jelas memalukan umat Islam.

Oh itu rupanya maksud di sebalik tulisan tersebut. Itulah, memang menghairankan. Nama sudah Islamic fashion tapi tak nampak pun ciri-cirinya. Bagaimana Rosmah boleh tidak nampak ini?

Tanpa Nama berkata...

saya sendiri pun tidak setuju dgn festival Busana Islam tersebut yang jelas tidak melambangkan pakaian Islam. Rosmah kena selesaikan sendiri hal ini.

nurfatihah berkata...

Pertama kali melihat fesyen islamik sebegini. saya pun hairan bagaimana ia boleh diluluskan. tapi tidak boleh disalahkan seratus peratus juga, artis-artis malaysia berbangsa melayu beragama islam pun sudah hidup cara barat. tak perlu nak hairan lagilah.

Leo berkata...

Saya sokong Festival Busana Muslim ini dibantah kerana fesyennya tidak melambangkan pakaian Islam tetapi lebih kepada fesyen barat.

Leo berkata...

Diharapkan Rosmah akan membuat sesuatu untuk menyelesaikan hal ini.

orangkampong berkata...

Jangan ambil kesempatan dengan nama ISLAM !. Mentang-mentanglah sekarang orang ramai minat kepada Islam, termasuk bangsa bukan Melayu, maka Rosmah ingin mempupolarkan dirinya dengan menjadi penaung festival busana tu...

Ulamak muda Umno kata Rosmah tak salah, sebab dia cuma jadi penaung jer..Ulamak muda Umno perlu tahu jadi penaung itu adalah lebih bertanggungjawab ke atas aktiviti yang dilakukan. Penaung adalah berkuasa memberi nasihat dan menegur apa yang tak betul.

Kalau nak lepas tangan, lebih baik buang jer gelaran ' WANITA PERTAMA ' yang dirasmpas dari DYMM Raja Permaisuri Agung !

langsat berkata...

saya rasa isu ini kenalah tanya rosmah sendiri. kalau dengar sebelah PAS saja memanglah semua salah di mata mereka. siasat dulu sebelum buat sebarang andaian. berdosa memfitnah seseorang tanpa kita dengar alasan dari pihak rosmah

langsat berkata...

saya rasa, rosmah tidak akan berbuat sesuatu yang memalukan negara. tambahan pula, dia adalah 1st lady Malaysia dan buat apa dia nak dapat glamour dengan benda-benda tu?

langsat berkata...

adalah terlalu awal saya nak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan oleh PAS.

evan medhousky berkata...

mungkin juga sebagai penaung beliau tidak mengetahui apa rekaan yang bakal ditunjukkan pada majlis tersebut. apa2pun saya harap Datuk Seri Rosmah dengan rendah diri dan penuh keinsafan akan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang tersinggung.

Anak Sabah berkata...

PAS ini memang suka membesarkan benda yang kecil. Apa yang akan terjadi jika PAS mengambil alih kerajaan negara.

Anak Sabah berkata...

Jika tidak bersetuju, PAS patut berurusan dengan penganjur festival tersebut.