Isnin, 11 Oktober 2010

Ku Li Akan Pastikan BN Berjaya Di Galas - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Isnin menyerahkansurat perlantikan pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagikerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kepada Ahli Parlimen GuaMusang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Perdana Menteri berkata, Tengku Razaleigh menyatakan kesediaannyauntuk mengetuai jentera BN bagi memastikan kemenangan parti itu padapilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

"Tengku Razaleigh amat bersedia untuk mengepalai jentera BN.

"Beliau akan beri tumpuan sepenuhnya untuk memastikan kita mencapaikejayaan dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya pada sidang mediadi lobi Parlimen di sini.

Mengenai calon BN bagi kerusi berkenaan, Najib berkata: "Kita bincangmengenainya...tapi keputusan akan dibuat dalam terdekat."

Tiada ulasan: