Selasa, 5 Oktober 2010

Galas: Umno tandus calon mahu pilih Ku Li, dakwa PKR

PETALING JAYA — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Umno-Barisan Nasional semakin terdesak dan ketandusan calon sehingga terpaksa meletakkan harapan ke atas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk dipilih sebagai wakilnya bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub berkata, Umno-BN dilihat tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa sekiranya memilih Tengku Razaleigh.

“Kalau Umno-BN letakkan Tengku Razaleigh sebagai calon ia jelas menggambarkan mereka terdesak untuk membuat pemilihan calon di pilihan raya kecil Galas.

“Nyata Umno-BN tidak mempunyai barisan calon yang berwibawa untuk diketengahkan.

“Kalau Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon ia jelas menunjukkan mereka amat terdesak untuk menang,” katanya ketika sidang media di sini.

PKR adalah salah satu komponen Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Tengku Razaleigh boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin berkata, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

“Sebagaimana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil Barisan Nasional bagi kerusi) untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan,” katanya.

Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, minggu lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Menurut Mustaffa, pengundi di Galas diyakini akan menolak Umno-Barisan dan akan memilih calon PAS.

“Ada dua sebab pengundi Galas akan tolak Umno-BN, yang pertama janji-jani yang masih belum tertunai di Manek Urai.

“Yang kedua mengenai pendirian pengundi dalam isu royalti minyak yang sehingga kini kerajaan persekutuan masih tidak berikan,” katanya.

Tambahnya, PKR akan memberi sokongan kepada calon yang dipilih pimpinan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil Galas.

“Parti komited dan DUN Galas akan dijadikan keutamaan. Kita akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih PAS.

“Kita yakin PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Galas ini,” katanya.

22 ulasan:

azman berkata...

sesiapa pun yang menjadi calon BN nanti itu bukanlah menjadi urusan PKR. mungkin PR takut kalah jika Tengku Razaleigh bertanding mewakili BN.

mandau berkata...

tak ada salah jika Tengku Razaleigh bertanding mewakili BN. beliau juga berkebolehan. PKR jgn nak memperlecehkan BN.

gambir berkata...

sememangnya Tengku Razaleigh berkemampuan dan layak dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Galas.

gambir berkata...

Usah dipertikaikan lagi pemilihan calon UMNO/BN tersebut, sebaliknya PR membuat persiapan awal pada pilihan raya kecil DUN Galas yang akan berlangsung.

Unknown berkata...

PR juga takut dengan Kuli. Tidak henti PR menyifatkan pencalonan Kuli adalah satu penghinaan terhadap Kuli, betulkah itu yang mereka maksudkan?

Tanpa Nama berkata...

PR memang takut dengan pengaruh yang dimiliki oleh Tengku Razaleigh. sebab itulah mereka banyak memberikan ulasan tentang Tengku Razaleigh..sepatutnya PR bercerita tentang apa yang mereka telah sumbangkan dan apa yang akan mereka sumbangkan, tapi itu tidak berlaku. sebaliknya PR cuba mencari kelemahan UMNO/BN.

Unknown berkata...

Yang penting, semuanya berjuang secara aman dan sihat.. baru rakyat percaya.

Tanpa Nama berkata...

sudah tentulah setiap parti akan mengetengahkan calon yang terbaik. bukan terdesak untuk menang, tetapi memang berniat dan bertujuan untuk menang. mana ada manusia mengikuti mana2 pertandingan semata2 untuk kalah.. kalau yakin PAS boleh menang, buat apa bising2 di media dan buat spekulasi sana sini...

Tanpa Nama berkata...

mungkin semasa bertanding dan selepas pengumuman keputusan, PR akan tetap dengan tugas harian mereka iaitu membuat bising di media. lama-kelamaan rakyat juga akan naik bosan melayan karenah PR terutamanya PAS yang tidak henti2 membuat bising.

Hosie Masie berkata...

Inikan permintaan PAS. PAS sendiri cakap tidak kisah siapa calon BN. Tapi bila Ku Li yang jadi banyak pula timbul khabar ibarat pembangkang takut.

Tanpa Nama berkata...

pendek kata, PAS/PR takut dengan pengaruh Ku Li di Galas..

Unknown berkata...

Bermacam-macam isu apabila Ku Li jadi calon galas. Ini menampakkan PR gentar dengan kehadiran Ku Li untuk calon BN di Galas.

Bi berkata...

Tidak perlu la sibuk pasal hal2 parti lain, baik menyibuk bagaimana untuk meningkatkan imej parti sendiri..

orangkampong berkata...

Masalahnya, bila KULI jadi calon maka adalah pemimpin UMNO yang gigit jari !. Kumpulan yang macam inilah nanti jadi ' kacang hantu ' masa kempen UMNO.

Orang luar patut tau politik orang Kelantan tu. Mereka bukan macam orang di negeri-negeri lain yang tidak ada pendirian dan boleh dibeli.

Kalau tak begitu, manalah PAS boleh bertahan lama di Kelantan !.

Paquin berkata...

Apa salahnya kala Tengku Razaleigh dipilih??? Biar ja la umno bn nak pilih siapa kan..

Paquin berkata...

Tak perlu lah PKR perlekehkan pilihan umno bn ni. Kalau takut, mengaku ja la. hehehe

Anak Sabah berkata...

Telitikan kelemahan sendiri sebelum mencari kelemahan orang lain. Lebih baik memperbaiki masalah diri daripada memburuk-burukkan orang lain. Tidak kira PKR ataupun BN.

Anak Sabah berkata...

Saya berharap kedua-dua parti ini bersaing secara sihat, bersih dan adil.

Unknown berkata...

Tak perlu buat andaian yang tidak berasas. Tunggu sehingga hari pencalonan, UMNO ada calon yang terbaik.

captain berkata...

UMNO tidak tandus calon, nanti sampai hari pencalonan, calonnya akan muncul.

Unknown berkata...

UMNO mungkin tidak mencalonkan Kuli.

Unknown berkata...

Walaubagaimanapun, keputusan tengok saja di PRU nanti. Siapa yang ketandusan undi.