Jumaat, 8 Oktober 2010

Galas kawasan BN, pengundi hormat Ku Li


kuli Oleh Muda Mohd Noor

GALAS: Parlimen Gua Musang dan DUN Galas merupakan kawasan yang istimewa kepada BN kerana majoriti pengundi sangat menghormati Tengku Razaleigh Hamzah.

Bukan sahaja pengundi di kawasan bandar, malah 2,000 pengundi orang Asli mengkagumi Tengku Razaleigh sebagai pemimpin mereka, kata Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Bazlan Baharuddin.

"Kerana itu sepanjang Tengku Razaleigh atau Ku Li di kalangan penduduk setempat memimpin Umno Gua Musang, Umno sentiasa menang.

"Kecuali DUN Galas pada 2008 kalah kepada PAS kerana tsunami politik waktu itu," katanya menceritakan mengenai situasi politik Umno Gua Musang.

Tengku Razaleigh, tokoh veteran Umno telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya BN bagi pilihnaraya kecil Galas tersebut.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai hari penamaan calon manakala 4 November hari mengundi.

Secara fakta, GaIas mempunyai 11,000 pengundi dengan kaum Cina selama 23 peratus yang kebanyakkan peniaga kecil dan terbabit juga dengan aktivi balak.

Bazlan berkata, sokongan pengundi Melayu kepada Umno dan PAS sama banyak tetapi 95 peratus pengundi orang Asli mengundi BN.

"Saya tidak menafikan bukan seratus peratus pengundi akan menyokong calon BN tetapi jumlah yang berbuat demikian adalah terlalu kecil.

"Di sini (Galas) adalah pertandingan antara Umno dan PAS, orang PKR sedikit sahaja," katanya.

Menurut Bazlan lagi, bekas Adun Galas, Saufi Deraman juga telah berjanji akan membantu calon BN dalam pilihanraya ini.

Pilihanraya kecil Galas diadakan berikutan kematian wakil PAS, Che Hashim Sulaiman 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi yang mendapat 3,753 undi

Tiada ulasan: