Rabu, 28 April 2010

Zaid Mahu Batalkan Keputusan PRK Hulu Selangor, Saman Utusan Malaysia

SUARA KEADILAN

PETALING JAYA - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan Ahad lalu atas dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil sikap berat sebelah.

Pada sidang media yang diadakan di kediaman beliau pagi tadi, Zaid berkata beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang menyebarkan dakyat bahawa beliau adalah kaki botol semasa kempen yang diadakan minggu lalu.

“Saya telah mengambil keputusan untuk memfailkan petisyen pilihanraya untuk mengumumkan keputusan tersebut adalah tidak sah. Pasukan peguam saya akan berbuat demikian secepat mungkin.

“Suruhanjaya Pilihan Raya mesti dilihat sebagai tidak berat sebelah. Saya berpendapat dalam hak ini badan tersebut telah bertindak amat berat sebelah dan kita akan mengambil tindakan terhadapnya.

"Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana melabelkan saya sebagai kaki arak," kata beliau.


Tiada ulasan: