Isnin, 19 April 2010

Wajar sekat Utusan- Pemuda PAS Kelantan

Hafiz Irwan


KOTA BHARU: Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, menyokong tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang menolak akhbar Utusan Malaysia daripada menyertai sebarang aktiviti PR dalam siri kempennya sempena pilihan raya kecil (PRK) kerusi parlimen Hulu Selangor.

"Itu adalah langkah yang sesuai kerana Utusan (akhbar Utusan Malaysia) tidak pernah menunjukkan sikap profesionalnya terhadap pakatan rakyat.

"Sebaliknya hanya lebih suka untuk melaga-lagakan orang" katanya dalam satu kenyataan dikirim kepada wakil Harakahdaily.

Beliau mengulas portal berita bertajuk 'Wartawan utusan tidak dijemput sertai majlis Pakatan Rakyat' yang disiarkan Harakahdaily.

Abdul Latiff malam tadi menyampaikan ceramah di tapak expo Karnival Rakyat di Padang Awam, Batang Kali, sempena kempen PRK tersebut.

Katanya lagi, akhbar Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi umno jika dibenarkan hadir pun hanya akan memutarbelitkan fakta mengikut kehendak pemimpin BN.

"BN sekarang ketandusan modal untuk berdepan dengan lawan, maka mereka sanggup lakukan apa saja demi kepentingan politiknya termasuklah menggunakan media untuk menyerang peribadi lawan" katanya.

Tiada ulasan: