Khamis, 1 April 2010

Utusan Lidah Rasmi Perkasa?

SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR - Hubungan akrab antara Utusan Malaysia milik Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang pro-Umno terserlah apabila sidang media yang dipanggil oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di lobi Parlimen semalam terpaksa ditangguh selama hampir 20 minit kerana ketiadaan wartawan Utusan.

Ibrahim dilihat menelefon pegawainya beberapa kali untuk mencari wartawan akhbar tersebut supaya hadir pada sidang media beliau seolah-olah Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas itu hanya mempercayai akhbar itu untuk menyiarkan laporan mengenainya secara telus.

Malah sesampainya wartawan Utusan, Ibrahim tersenyum lebar dan memberikan layanan yang begitu mesra menyebabkan wartawan lain tertanya-tanya sesama sendiri.

Justeru cakap-cakap antara petugas media menganggap Utusan sebagai lidah rasmi Perkasa.

Tiada ulasan: