Sabtu, 24 April 2010

70 Peratus Rakyat Hulu Selangor Yakin Pakatan Rakyat Menang

Oleh Sidiqin Omar


Lebih 70 peratus rakyat Hulu Selangor yang ditemubual secara rambang menjangkakan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mampu mengatasi calon Barisan Nasional, P Kamalanathan dari segi pencapaian undi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Seorang penduduk Pekan Kuala Kubu Baharu, Lim Yoke Lon, 58 berkata walaupun pertandingan dilihat sebagai sengit namun beliau berpendapat calon Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Menteri dan juga peguam yang terkenal.

"Memang susah nak dijangkakan, kedua-dua pihak berkempen dengan baik. Tapi KEADILAN mempunyai peluang yang lebih. Penyokong mereka sangat ramai," kata Lim.

Patrick Jayabaran, 28, seorang jurutera pula berkata sememangnya Hulu Selangor merupakan kubu kuat BN secara tradisi tetapi keadaan sekarang sudah berubah.

"Susah nak dijangka kerana Hulu Selangor merupakan kubu kuat BN, tapi selepas Pakatan Rakyat menang di sini keadaan sudah berubah dan lebih sukar nak jangka siapa yang bakal menang. saya boleh katakan calon Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang lebih cerah," kata Jayabaran.

Seorang pesara yang dikenali sebagai Zul, 60, melihat peluang cerah bagi Zaid kerana rakyat mahukan pembangunan yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri.

"Ada peluang untuk KEADILAN kerana rakyat nak bagi peluang KEADILAN laksanakan pembangunan di Hulu Selangor. Tapi itu tidak bermakna jalan mudah kerana Umno akan berusaha sedaya upaya untuk membantu calon mereka," kata beliau.

Sazali, 40, pula menjangkakan KEADILAN menang 60 peratus undi Hulu Selangor.

Tiada ulasan: