Khamis, 1 April 2010

22 Pelajar IPT Dihadap Ke Mahkamah


Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : 22 remaja lelaki dan 3 gadis yang juga pejara Institut Pengajian Tinggi (IPT) didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral pada 15 November tahun lalu.

Hakim Syarie Kamaruzzaman Ali menjatuhkan hukuman denda antara RM2000 hingga RM3000 terhadap 10 remaja lelaki selepas mereka mengaku bersalah manakala 12 remaja lelaki dan 3 gadis mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin antara RM1500 hingga RM2500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap 6 remaja dan empat gadis kerana gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enekmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Semua mereka ditahan oleh penguatkuasa agama Islam Selangor pada jam 2.30 pagi 15 November tahun lalu di sebuah bilik di Intekma Resort Shah Alam Selangor.

Kes ini akan disebut semula 7 Julai ini.

Tiada ulasan: