Isnin, 3 Ogos 2009

Pewaris sahkan tiga penyokong turut ditahan

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) mengesahkan tiga penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut ditahan kelmarin, sekali gus menepis dakwaan pihak tertentu, polis hanya menahan peserta perhimpunan haram yang menentang akta berkenaan.

Timbalan Pengerusi II Pewaris, Rahimuddin Md Harun, berkata penahanan itu membuktikan polis tidak berat sebelah, sebaliknya menahan sesiapa saja yang ingkar terhadap amaran dikeluarkan supaya orang ramai tidak berhimpun dan berarak pada hari berkenaan.

“Tiga penyokong ISA ini ditahan di KL Sentral dan mereka melalui prosedur siasatan sama seperti tahanan lain. Jadi, tak timbul soal polis berat sebelah kerana penyokong ISA juga ditahan,” katanya ditemui pemberita di perkarangan Balai Polis Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Rahimuddin berkata, sehingga kini tiga penyokong ISA berkenaan belum dibebaskan dan beliau hadir di balai berkenaan untuk mengetahui perkembangan mereka.

Tiada ulasan: