Jumaat, 3 Julai 2009

Pemuda UMNO melarang aktiviti pendaftaran pengundi, perbalahan tercetus

By Lee Wee Tak

Laporan di akhbar Sin Chew Jit Poh yang berkenaan

1. Pihak yang dipercayai daripada Pemuda UMNO ingin merampas meja dan mencetuskan perbalahan. Seorang pemuda berbaju hitam memukul meja dengan baton pengawal (nota penterjemah: mengapa polis tidak tangkap budak yang berbaju hitam ini? Mungkin terdapat berbezaan antara undang-undang di Perak dan Melaka)

2. Seorang pemuda diheret dan dipukul (rujukan lakaran garis merah) namun nasib baik seorang polis (berbaju jingga) sempat memberhentikan pengacau daripada terus membelasahnya.

Melaka 2 Julai: DAP Melaka menjalankan kerja pendaftaran di pasar malam dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan Pemuda UMNO sehingga mengakibatkan kekacauan dan perbalahan. Seorang pemerhati pun kena serang beramai-ramai dan dua orang ADUN DAP pula mengalami cedera ringan.

Perkara ini berlaku kira-kira pada pukul 8:45pm di Pasar Malam Melaka Baru. Ketika itu DAP sedang mengadakan aktiviti mendaftarkan pengundi dan Pemuda UMNO anggap ini sebagai mempolitikkan pasar malam dan membuat bantahan.

Salah seorang Ketua Pemuda UMNO yang hadir di situ adalah Naib Ketua Bukit Kadi Encik Mohd Jalani (ejaan mungkin tidak tepat kerana diterjemah daripada perkataan Cina) yang memarahkan pemimpin-peminpin DAP dan PAS di situ dan mengeluarkan kata akhir bahawa mereka mesti nyah daripada kawasan tersebut dalam masa lima minit, jika tidak beliau akan menyuruh pekerja majlis perbandaran merampas meja kerusi itu.

Tiada ulasan: