Rabu, 8 Julai 2009

Manek Urai: Umno guna pelajar kejururawatan untuk berkempen

Irwan Muhammad Zain


KUALA LUMPUR - Umno akan menggunakan pelajar-pelajar kolej kejururawatan di Pengkalan Chepa untuk membantu kempen mereka di Manek Urai, dedah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob.

Selain pelajar-pelajar kolej kejururawatan itu, pelajar-pelajar, pensyarah dan kakitangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga dikerahkan untuk berkempen bagi pihak Umno di Manek Urai.

"Saya mendapat maklumat bahawa Umno akan menggunakan pelajar-pelajar sebuah kolej kejururawatan di Pengkalan Chepa selain pelajar, pensyarah dan kakitangan IPTA negeri ini untuk berkempen di Manek Urai.

"Kesemua mereka ini akan diletakkan di bawah pengawasan Pergerakan Pemuda Umno bagi tujuan menjalankan kempen tersebut," tegas beliau.

Justeru, salahuddin menyelar tindakan Umno yang menggunakan pelajar-pelajar IPTA untuk berkempen sedangkan mereka tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik. - mks. _

Tiada ulasan: