Khamis, 23 Julai 2009

Lelaki paksa budak lakukan seks oral dicekup

MYMETRO


KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh dua lelaki yang baru dikenali beberapa bulan lalu.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari Ahad lalu apabila mangsa yang masih bersekolah dipercayai diajak dua lelaki berkenaan menaiki kereta dengan alasan untuk dibawa berjalan-jalan.

Menurutnya, suspek membawa mangsa meninggalkan kawasan rumahnya di Bandar Baru Bangi di sini sebelum bersiar-siar di sekitar Semenyih.

“Tidak berapa lama kemudian, seorang daripada suspek yang berusia 20-an mengarahkan mangsa menghisap kemaluannya di dalam kereta terbabit.

“Pada mulanya mangsa enggan akur terhadap arahan suspek, namun lelaki berkenaan mengugut tidak akan menghantar mangsa pulang ke rumah semula sekiranya berdegil tidak mahu mematuhi arahan itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan kemudian terpaksa akur dengan arahan berkenaan sebelum melakukan seks oral.

“Mangsa kemudian dihantar pulang suspek ke kawasan rumahnya semula sebelum dia menceritakan kejadian terbabit kepada bapanya.

“Bapa mangsa yang terkejut dengan kejadian itu segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,” katanya.

Menurutnya, polis kemudian menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakarudin Che Mood, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: