Ahad, 26 Julai 2009

Cho Ha nafi ramai ahli MCA ikut jejak Jui Meng

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan lebih ramai ahli parti itu akan menyertai bekas Ketua MCA Bahagian Bakri Muar, Datuk Chua Jui Meng untuk keluar parti dan menyertai parti pembangkang.

“Dalam urusan parti ini, hari ini orang masuk (menyertai parti), hari esok orang keluar, itu proses biasa, bukan perkara baru. Malah dalam BN sendiri satu masa dulu, ramai yang keluar dari parti komponen masing-masing,” katanya.

Sambil menafikan dakwaan Jui Meng kononnya terdapat kelompok dalam MCA, Cho Ha yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ahli parti itu cukup matang dan memahami perjuangan dan peranan yang dimainkan MCA selaku parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam, Cho Ha berkata, tindakan Jui Meng, yang pernah menjawat jawata:n Naib Presiden parti serta memegang jawatan Menteri Kesihatan, meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 18 Julai lepas berkemungkinan sebagai penyataan kecewa beliau terh:adap parti.

:Cho Ha juga tidak menolak kemungkinan ketiadaan jawatan dalam parti dan BN, menjadikan Jui Meng kecewa dan mengambil tindakan menyertai pembangkang.

:“Sebenarnya kita boleh memberi sumbangan kepada parti walaupun tidak mempunyai jawatan penting dan apakah kerana hanya tidak berjawatan, perlu ambil tindakan meninggalkan parti,” katanya.

:Beliau berkata, sesiapapun dalam MCA ada ruang untuk memberi sumbangan untuk pembangunan parti serta memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan negara, dan tanggungjawab itu l:ebih penting daripada kepentingan peribadi.

:Sambil menyifatkan Chua sebagai seorang pemimpin parti yang disenangi dan disayangi masyarakat khususnya dalam MCA sendiri, Kong berkata, Chua telah membangunkan karier politiknya melalui MCA dan mempunyai sejarah perjuangan yang panjang dalam parti.

:“Bagaimanapun, setelah beliau mengumumkan untuk keluar dari parti, tak tahulah pula apa persepsi ahli MCA kepadanya,” katanya.

Tiada ulasan: