Selasa, 31 Mac 2009

Pas Selangor turun padang bantu Nizar Pas Selangor turun padang bantu Nizar

SINAR HARIAN


SHAH ALAM - Pas Selangor bersedia turun padang bagi membantu kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghadapi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak.

Menurut ketua penera-ngannya, Roslan Shahir Mohd Shahir, pihaknya akan memberi penjelasan mengenai keutuhan perpaduan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini dan menafikan usaha pembentukan kerajaan baru menerusi ‘pintu belakang’.

“Pengalaman setahun pentadbiran cemerlang PR Selangor akan dikongsi bersama rakyat Bukit Gantangsebagai bukti persefahaman antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kukuh demi rakyat.

“Perkara ini akan kita jelaskan sepanjang tempoh kempen untuk membuktikan segala dakwaan bahawa PR Selangor bergolak tidak benar sama sekali, malah kesepaka-tan yang kita tunjukkan sempena sambutan setahun akan kita kongsikan bersama pe-ngundi di Perak,” katanya.

Menurut beliau, kepimpi-nan Pas negeri ini akan menjelaskan keunikan PR Selangor hingga terus berupaya dan mampu mentadbir negeri meskipun ‘diserang’ pelbagai isu yang dicetuskan Barisan Nasional (BN) bertujuan memecahbelahkan PR.

Katanya, isu lain yang bakal dikongsi termasuklah pendirian PR Selangor yang jelas menolak usaha menjatuhkan kerajaan baru pilihan rakyat menggunakan taktik kotor.

Bagaimanapun, Pas Selangor senada dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar yang menyifatkan parti itu hadapi laluan sukar untuk menang.

“Kita akan bekerja kuat dan mengatur strategi untuk kemenangan Nizar,” katanya.

Tiada ulasan: