Isnin, 2 Mac 2009

P59: Bersedia hadapi pilihan raya kecil

Pakatan Rakyat


Walaupun hari mengundi di P59 Bukit Gantang masih mempunyai tempoh sebulan lagi, namun Jentera Pilihan Raya Negeri (JPN) Selangor di bawah panji Pakatan Rakyat (PR) bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 April ini.

Pengarahnya, Radhi Md.Yusof, berkata, melalui kemenangan pilihan raya kecil di Terengganu dan Permatang Pauh sebelum ini, telah memberikan pengalaman yang terbaik kepada pihaknya untuk mempertahankan semula kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang pada PRU ke-12 lalu.

Menurutnya, jentera pili-han raya di negeri ini telah dilancarkan pada 21 Feb-ruari lalu, dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga lima UPU dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong yang dimenangi BN pada PRU Ke-12 dengan majoriti tipis 916 undi.

Katanya, negeri Selangor diamanatkan untuk bertugas dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang manakala jentera pilihan raya di Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan diberi tugas untuk membantu pada pilihan raya kecil di Bukit Selambau.

“Pengalaman pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Terengganu adalah sebagai penambahbaikan untuk petugas-petugas menghadapi pilihan raya di Bukit Gantang 7 April ini,” katanya.

Radhi yang juga Penga-rah Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia berkata, sebelum ini petugas pilihan raya hanya diberikan latihan melalui teori termasuk tanggungjawab sebagai perayu undi, mengenal pasti pengundi atas pagar dan sebagainya tetapi sekarang semuanya dilakukan secara praktikal termasuk menangani hati pengundi dan juga berdepan dengan pengundi UMNO.

“Melalui praktikal kita melihat adanya peningkatan dan percaya dengan kerjasama yang diberikan petugas-petugas jentera pilihan raya insya-Allah kita tidak ada masalah untuk berdepan dengan UMNO nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, isu penyebaran gambar peribadi Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan isu sembah derhaka yang akan dimainkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu tidak akan memberi kesan memandangkan pengundi kini terdiri dari golongan yang berilmu dan mereka tidak terkongkong dengan pemikiran feudal masa lalu.

“Kita mempunyai strategi termasuk akan memenangi hati pengundi supaya kemenangan PR dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Terengganu berulang lagi.

“Pilihan raya kecil sebelum ini juga membuktikan pengundi di saluran satu dan dua juga berani membuat perubahan dengan mengundi calon PR,” katanya.

Pilihan raya kecil di parlimen itu diadakan setelah kematian ahli parli-mennya daripada Pas, Roslan Shahrom baru-baru ini.

Tiada ulasan: