Sabtu, 7 Mac 2009

Laporan Liberation Tentu Meresahkan Najib

Pakatan Rakyat


PENDEDAHAN terbaru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dilakukan oleh sebuah akhbar Perancis, Liberation sungguh menggemparkan. Lapor akhbar berkenaan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Razak pernah bertemu dengan Altantuya di sebuah kelab di Paris tahun 2005.

Akhbar berkenaan juga mendakwa Najib pernah bergambar bersama Altantuya yang didakwa sebagai sepasang kekasih.

Malahan wartawan Perancis di Bangkok yang membuat laporan itu, Arnaud Dubus turut mecatatkan saat-saat bagaiman Altantuya ditembak. Beliau mendakwa mendapat maklumat berkenaan daripada pihak polis Malaysia?

Seandai perkara ini benar bermakna telah berlaku kebocoran maklumat berhubung di Jabatan Polis di Raja Malaysia.

Pendedahan terbaru ini benar-benar mengejutkan rakyat Malaysia dan menyebabkan penafian Najib yang bersumpah dengan melafazkan Wallahi, Wathallahhi dan Wabillahi yang tidak pernah kenal apatah lagi berjumpa dengan Altantuya tidak lama dulu meragukan.

Timbul persoalan ini apakah akhbar berkenaan berbohong mahu memfitnahkan Najib atau Najib yang tidak bercakap benar dalam soal ini?

Laporan akhbar berkenaan kini sudah tersebar di dalam website dan juga blog lewat petang tadi. Sehubungan itu ia juga turut tersebar satu salinan laporan polis (rakaman percakapan antara Sirul Azar Omar dengan polis) juga tersebar meluas dalam internet.

Sebahagian maklumat di dalam salinan yang dikatakan laporan polis itu sama dengan apa yang disebut oleh Liberation itu terutamanya saat-saat bagaimana Altantuya ditembak.

Dalam laporan dikatakan ‘rakaman percakapan’ itu Sirul menceritakan dari mula hinngga akhir bagaimana drama pembunuhan Altantuya dilakukan.

Bagaimana pun laporan berkenaan tidak dapat disahkan apakah ia benar atau palsu.

Yang nyatakan dengan maklumat terbaru ini khasnya berhubung laporan akhbar Liberation itu ia bakal menambahkan keserabutan dalam dunia politik negara bernama Malaysia ini.

Mohd Najib Razak yang dijangka akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri Mac ini juga mungkin tidak lena tidur dengan apa yang diletupkan hari ini.

Tiada ulasan: