Sebagai persediaan menghadapi cabaran libat akidah pada masa hadapan
BANGI – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kini sedang membina kekuatan ummah berpaksikan rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan Islam di seluruh negara.
Inisiatif tersebut akan menyaksikan usaha penyatuan umat Islam daripada pelbagai persatuan, kelompok dan segmen masyarakat serta kepakaran.
Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, akhirnya nanti, diharapkan ia akan berpadu dalam menghadapi pelbagai isu khususnya melibatkan akidah dengan lebih kuat dan berkesan.
“Petang ini saya dan rakan-rakan Sekretariat PEMBELA Pusat berdiskusi dengan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shadan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrin dan Al-Fadhil Ustaz Arif mengenai isu-isu umat di Malaysia terutamanya isu kalimah Allah 2.0 yang sedang hangat berlangsung.
“Alhamdulillah, perbincangan yang sangat produktif dan saya beserta rakan-rakan teruja menantikan bentuk kerjasama ini dapat dijayakan demi kepentingan umat.
“InsyaAllah, kita sedang membina paksi
kekuatan ummah yang kadang kala dilupakan, iaitu rangkaian NGO-NGO dan
persatuan-persatuan Islam di Malaysia. Doakan!,” katanya dalam kenyataan
hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan