Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Hak penzina untuk berzina bertentangan semua agama
HAK penzina untuk berzina? Ianya amat bertentangan dengan semua agama apatah lagi agama Islam.
Fahaman liberal sebenarnya adalah fahaman yang menolak agama secara total.
Satu satu ketika mereka berselindung disebalik agama hanya untuk mengurangkan pergeseran dengan semua agama.
Sekurang- kurangnya dengan berselindung disebalik satu satu agama, mereka boleh menumpukan permusuhan mereka dengan Islam.
Bahasa mudah fahaman liberal adalah pemujaan terhadap hawa nafsu secara bebas tanpa sebarang sekatan nilai lebih lebih lagi agama.
Pelopor dan pendokong fahaman ini sendiri tidak mengamalkan liberal keseluruhannya.
Sepatutnya, mereka sendiri yang mengamalkan pemikiran ini untuk diri mereka sendiri dan keluarga. Apa yang berlaku secara tersirat ingin melihat masyarakat yang rosak .
Adalah lebih baik mereka terlibat dahulu dengan aktiviti pelacuran. Kumpul semua kaum kerabat mereka untuk melebarkan aktiviti pelacuran atau perzinaan kemudian jika mereka tidak diberi kebebasan, tindakan boleh diambil terhadap pihak berkuasa yang menyekat hak mereka.
Setakat ini, apa yang berlaku mereka dan keluarga tidak tergolong dalam pelacuran yang perlu diberi hak yang sepatutnya.
Mereka boleh berdemonstrasi bersama zuriat mereka dengan mengangkat sepanduk, berikan hak kami untuk jadi pelacur. Aktiviti pelacuran adalah hak kebebasan manusia. Kami pelacur dan berikan hak kami untuk melacur?
Ideologi komunis contohnya pelopor ideologi komunis mereka juga pengamal. Begitu juga ideologi ideologi lain. Mereka pencetus idea dan mereka juga pengamalnya. Tapi jika berlaku sebaliknya seperti pendokong hak pelacuran , mereka perlu mengamalkan dahulu aktiviti pelacuran dan perzinaan.
Jika mereka tidak mengamalkan sebenarnya ideologi mereka direka untuk merosakkan masyarakat ke lembah yang hina. ISMA WEB
(*) Ustaz Sharipudin Ab Kadir, Ketua Perhubungan Isma Negeri Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan