KUALA LUMPUR – Pengedar kereta import Honda memohon maaf secara
terbuka berikutan tindakan tidak bertanggungjawab salah seorang
kakitangannya yang mengeluarkan kenyataan tidak sensitif mengenai
kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.
Honda Sri Utama Auto Malaysia Sdn Bhd menzahirkan permohonan maaf itu
menerusi kenyataan rasmi setelah menyedari perbuatan kakitangan wanita
itu viral dalam media sosial Facebook dan WhatsApp.
“Kami secara ikhlas memohon maaf untuk komen tidak sensitif yang
dibuat oleh kakitangan kami (Caryn Yean) tentang kematian menyedihkan
anggota bomba Encik Adib.
“Kami tidak akan berlembut atau bertolak ansur dengan sikap sedemikian rupa sama ada dalam talian atau di luar talian laman web.
“Buat masa ini kakitangan digantung kerja dan penyiasatan dalaman
telah dimulakan dan kami akan mengambil tindakan paling tegas,” kata
Pengarah syarikat itu, Wong Chee Keong dalam kenyataan hari ini.
Syarikat yang terletak di Setapak itu juga menzahirkan takziah kepada
keluarga Allahyarham sambil menyifatkan doanya sentiasa bersama ahli
keluarga mangsa pada waktu sukar ini.
Muhammad Adib yang berasal dari Kuala Kedah meninggal dunia 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
Rawatan oleh pasukan pakar perubatan IJN selama tiga minggu akibat
parah diserang dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang
Jaya tidak mampu menyelamatkan anak kedua dari empat beradik itu yang
menghembuskan nafas akhir di sisi ahli keluarga dan tunangnya.
Muhammad Adib sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini. Komen seorang kakitangan Honda yang dikecam akibat perbuatannya ‘mempersenda’kematian allahyarham Muhammad Adib dalam Facebook.Dalam ruang komentar di Facebook, kakitangan
wanita yang bekerja dengan Honda itu secara terbuka menulis: “bukan
kerajaan yang gagal.. tuhan u yang gagal xsembuhkan adib”.
Netizen bernama Hasnah Abd Rahman yang terbaca komen berkenaan
menyifatkan tindakan Caryn Yean agak keterlaluan dan biadap tanpa
menghormati sensitiviti dan kesedihan ahli keluarga yang meratapi
kematiannya.
“Kami tidak memerlukan individu ‘bodoh’ yang tidak sensitif serta
tidak bertanggungjawab seperti ini sebagai rakyat Malaysia! Caryn Yean
seperti yang dilihat dalam gambar, pemudi Cina yang bekerja di Honda,
meninggalkan komen tidak bertanggungjawab tentang kematian adik Muhammad
Adib, anggota bomba yang parah dalam rusuhan pemindahan kuil Hindu,”
menurut netizen itu.
Mesej netizen berkenaan memberi bayangan ramai yang tidak dapat
menerima ulasan Caryn Yean yang dianggap menyinggung perasaan tanpa
menyedari situasi keluarga mangsa.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan