Jumaat, 1 Jun 2018

Tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway tamat malam ini

ISMAWEB


Mulai esok kutipan tol Sungai Besi dikurangkan sehingga 50 peratus

 


BANGI – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini, mengumumkan penamatan bayaran tol bagi Jajaran Kuala Lumpur-Seremban dan Salak Expressway, mulai tengah malam ini.

Dalam satu kenyataan, LLM berkata, penamatan bayaran tol itu dibuat di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Ini bermakna, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran tersebut, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus, atau di antara RM0.40 hingga RM1.70 bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.

“Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

“Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja,” kata kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

Sehubungan itu, LLM juga menasihatkan pengguna supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan ketika melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi.


Tiada ulasan: