Rabu, 27 Jun 2018

Rosmah tiada kaitan dengan 1MDB, kata peguam

THE MALAYSIAN INSIGHT
Rosmah tiada kaitan dengan 1MDB, kata peguam 
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor turut dikaitkan dengan skandal 1MDB.– Gambar fail The Malaysian Insight,
 
ISTERI kepada bekas perdana menteeri Najib Razak, Rosmah Mansor tidak terlibat dengan skandal kontroversi 1Malaysia Development Berhad, kata peguam.

Peguam Geethan Ram Vincent dan K. Kumarendran dalam satu kenyataan hari ini berkata Rosmah tidak terbabit dengan urusan berkaitan suaminya.

Kenyataan itu susulan daripada artikel yang disiarkan Wall Street Journal semalam yang mendakwa Rosmah merupakan dalang utama dalam skandal 1MDB.

"Kami mahu ulangi kenyataan bahawa anak guam kami tiada kaitan, atau sebarang urusan langsung atau tidak langsung dengan operasi harian syarikat berkenaan, begitu juga dengan pengurusan kewangan, atau mereka yang dilantik untuk menjaga syarikat itu.

"Sebagai isteri perdana menteri, Rosmah tidak mencampuri urusan Najib dan beliau juga tiada sebarang pengaruh dalam sebarang keputusan eksekutif yang dibuat," menurut kenyataan itu.

Peguam itu juga berkata, artikel WSJ yang memetik sumber, merupakan cubaan untuk mempengaruhi siasatan ke atss skandal itu dan mencemarkan reputasi Rosmah.

"Kami berpendapat bahawa ini merupakan perbicaraan media, dijelaskan oleh mahkamah pendapat umum.

"Rosmah akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan itu," katanya.
Skandal 1MDB menjadi siasatan pengubahan wang haram paling besar di Malaysia, dengan 1,000 individu disiasat, menurut sumber.

Nama dalam senarai berkenaan termasuk Najib, Rosmah dan ahli keluarga Razak, beberapa ahli politik Barisan Nasional yang disyaki dibayar dengan dana 1MDB yang ditemui dalam akaun Najib, pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan dan peguam.

Awal bulan ini, Rosmah dipanggil untuk membantu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Seminggu sebelum itu, Najib disoal siasat berhubung SRC International Sdn Bhd, yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB.

Najib yang disiasat kerana pengubahan wang haram, disoal siasat dua kali pada 22 Mei dan 24 Mei berhubung tiga deposit yang dibuat ke akaunya daripada SRC International antara Disember 2014 dan Februari 2015.

SRC INteernational memindahkan RM50 juta ke sebuah anak syarikat Gandingan Mentari, yang kemudian memindahkan wang kepada Ihsan Perdana. Ia kemudiannya memindahkan RM42 juta ke akaun peribadi Najib.

Reuters baru-baru ini melaporkan Najib mungkin akan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dan penyelewengan hartanah berkaitan skandal 1MDB.

Artikel WSJ bagaimanapun menuding kepada Rosmah, mendakwa untuk mengejar kemewahan menjadi punca yang membawa kerajaan Najib kepada penyelewengan.

Rosmah sebelum ini juga didakwa menjadi salah serang daripada penerima berbilion ringgit daripada dana 1MDB.

Wang berkenaan didakwa digunakan untuk membeli aset termasuk hartanah mewah di Amerika Syarikat, jet peribadi dan syarikat produksi filem yang diterajui oleh anak Rosmah daripada perkahwinan pertamanya.

Tiada ulasan: