Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya bukan mahu ‘selamatkan’ Malaysia sehingga tergamak bekerjasama dengan DAP.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun bekas perdana menteri itu mendakwa beliau mahu menyelamatkan negara ini, namun sebenarnya semua itu hanyalah penipuan semata-mata.
Sebaliknya, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ketereh di Kelantan itu berkata, motif utama calon bagi Parlimen Langkawi itu adalah hanya untuk ‘menjaga’ kroni-kroninya.
Ulas Annuar lagi, sebelum ini Mahathir pernah menuduh DAP dan Lim Kit Siang sebagai rasis dan anti-Islam, namun kini beliau melakukan U-turn pula dengan mendakwa bahawa hanya mahu menyelamatkan Malaysia.
“Saya tidak kecewa Mahathir mengkritik kerajaan dan tidak mempunyai pendapat yang sama dengan Perdana Menteri serta meninggalkan parti.
“Tetapi, apa yang saya tidak dapat terima dan kesali adalah beliau sanggup mengubah prinsip dan maruahnya untuk DAP.
“Ia merupakan sesuatu yang amat berlawanan dengan apa yang beliau lakukan di dalam UMNO suatu ketika dahulu,” kata Annuar yang dipetik sebuah portal berita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan