Jumaat, 11 Mei 2018

PAS cadang bentuk kerajaan perpaduan di Perak

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang di Perak kerana pembentukan kerajaan negeri itu masih tergantung.
 
Keputusan tersebut tercapai selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung selama hampir tiga jam di Rusila, Marang hari ini.
 
Bagaimanapun Abdul Hadi meletakkan tiga syarat untuk merealisasikan cadangan berkenaan yang melibatkan parti-parti politik yang memenangi kerusi, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan PAS.
 
Pertama, menteri besar Perak mestilah beragama Islam dan ia dipersetujui oleh majoriti ADUN di Perak.
 
"Exco kerajaan negeri pula mestilah majoritinya daripada kalangan ADUN beragama Islam," katanya.
 
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan BN dan PH perlu menerima tawaran yang diberi Pas sekiranya mereka tidak mahu pilihan raya negeri diadakan.
 
“Kami hanya boleh bersetuju dengan kerajaan perpaduan, kalau tidak kita tidak akan menyertai pembangkang dan ini saja pilihan yang ada pada PAS.
 
“Kini terpulang kepada mereka (PH dan BN).
 
"Jika kerajaan negeri tidak dapat ditubuhkan dalam tempoh tertentu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengarahkan pilihan raya negeri Perak (diadakan),” jelasnya.
 
Takiyuddin juga mendakwa bahawa PAS sendiri mengakui parti itu tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri dan menganggap Pas sebagai 'kingmaker'.
 
DUN Perak mempunyai 59 kerusi. Daripada jumlah itu PH menguasai 29 kerusi, manakala BN 27 dan PAS pula hanya ada tiga kerusi.
 
PH sepatutnya sudah mengusai DUN Perak bagaimanapun mereka kekurangan 1 kerusi untuk mendapat majoriti mudah.
 
Dalam pada mas yang sama, BN pula boleh mengatasinya jika mendapat kerjasama daripada PAS.
 
DUN Perak masih berdepan ketidaktentuan ekoran kemenangan yang dicapai oleh BN dan PH serta PAS pada 9 Mei lalu.
 
 

Tiada ulasan: