Maszlee Malik, yang dinamakan sebagai menteri pelajaran, menjelaskan sokongannya pada Zakir Naik dibuat dalam konteks kebebasan bersuara, bukan terhadap penyebaran “kebencian”.
“Saya hormat kebebasan bersuara. Dan ia terpakai terhadap semua orang... Seperti saya hormat orang Kristian dan Buddha menyampaikan pandangan mereka, saya hormat juga orang Islam menyampaikan pandangan mereka.
“Dalam isu ini, saya tidak setuju dengan beberapa perkara dalam ceramah Zakir Naik, dan malangnya perkara ini tidak disebut oleh pihak yang membuat tuduhan terhadap saya, walaupun bahagian itu ada dalam kenyataan (media saya).
“(Saya sokong kebebasan bersuara Zakir) selagi tidak melalukan sebarang jenayah.
“Jika beliau menyebarkan kebencian dan sebagainya, saya tidak akan biarkannya. Prinsip ini turut terpakai terhadap semua penceramah,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini malam tadi.
Dalam satu pandangan bersama pada 2016, Maszlee berkata beliau tidak menerima pendekatan “dialektik dan suka berdebat” Zakir.
Maszlee juga menyentuh kritikan terhadap pandangan agamanya dan pihak yang mempertikaikan keserasiannya untuk jawatan itu dalam negara yang berbilang kaum dan agama.
Satu petisyen terhadap Tun Dr Mahahir Mohamad dibuat supaya Perdana Menteri mengambil semula jawatan menteri itu seperti yang mula-mula dinyatakan, kini mengumpul 80,000 tandatangan.
“Beragama bukan jenayah, kamu tidak boleh hukum orang kerana beragama atau tidak beragama.
“Untuk semua yang menyebarkan pembohongan tentang saya, saya hormat hak mereka untuk cakap apa yang mereka mahu. Tetapi mereka haruslah bertanggungjawab. Mereka harus cuba hormat, bukan saja saya, tetapi juga pilihan untuk beragama atau tidak beragama.
“(Apa mereka cakap tentang saya) bunyinya macam Islamophobik. Saya sangat menentang fobia terhadap Kristian, Buddha, Cina dan Melayu sama seperti sama menentang Islamophobia,” katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Wawancara ini dijalankan oleh NORMAN GOH, LU WEI HOONG dan ANNABELLE LEE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan