Rabu, 9 Mei 2018

15 Mei tarikh melihat anak bulan Ramadan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia di Malaysia adalah pada 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.
 
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Selasa, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 15 Mei di 29 lokasi.
 
Ia merangkumi: 
 
1. Pontian Kecil, Johor 
 
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
 
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
 
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
 
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
 
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
 
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak 
 
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
 
9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
 
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
 
11. Menara Alor Setar, Kedah
 
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
 
13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
 
14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
 
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
 
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
 
17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
 
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
 
19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
 
20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
 
21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
 
22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
 
23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
 
24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
 
25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
 
26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
 
27. Menara Kuala Lumpur
 
28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
 
29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
 
Menurut  kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
 
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu.
 
 

Tiada ulasan: