Khamis, 17 November 2016

PAN Kesal Usul Alternatif Lawan RUU 355 Ditolak


 Parti Amanah Negara (PAN) kesal usul alternatifnya yang sebelum ini mendakwa lebih menyeluruh berbanding Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak Speaker Dewan Rakyat.


Pembawa usul alternatif itu, Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berkata dalam surat bertarikh 1 Oktober oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, usul berkenaan ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1)(h).

“(Usul alternatif) Ini bukan bukan untuk melawan (RUU) PAS. Ini untuk membantu rakyat memahami masalah yang dihadapi mahkamah Syariah dan mengapa RUU Akta 355 (yang dibawa PAS) menjadi sangat kontroversi.

“Kami tidak mahu perkara ini (RUU Akta 355) dipolitikkan. Memang kita semua menyokong tetapi oleh kerana ia menjadi satu kontoversi, ia seolah-olah menyebabkan kita bergaduh kerana usul (RUU Akta 355) tersebut, ” katanya di sidang media di Parlimen hari ini.

Siti Mariah berkata usul alternatif yang dikemukakan PAN itu sebagai jalan tengah untuk mengelakkan pergaduhan di antara muslim dan bukan muslim.

usul0
usul

Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut hadir bersama Siti Mariah mendakwa berbanding dengan PAS, pihaknya telah dianaktirikan oleh Speaker Dewan Rakyat.

“Hakikat usul kita ditolak menunjukkan kedudukan AMANAH tidak seperti PAS. Usul PAS boleh dirunding sehingga dibawa kepada menteri, tetapi AMANAH tidak,” ujarnya.

Berbeza dengan Siti Mariah, Khalid mengakui usul alternatif PAN adalah untuk melawan usul 355 yang dibawa PAS yang disifatkannya lebih mementingkan soal hukuman.

“Isi kandungan usul kita, kita bukan beri tumpuan soal nak tingkat hukuman. Apa yang kita mahu, Mahkamah Syariah yang berdaya saing, bukan Mahkamah Syariah yang sekadar nak jatuhkan hukuman,”katanya lagi.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: