KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki
berbaju BERSIH5 dalam video viral yang memaparkan serangan terhadap
seorang lelaki dipercayai warga asing.
"Kita tidak dapat kenal pasti di mana kejadian itu berlaku, siapa mangsa, (siapa) yang kena pukul.
"Jadi kalau mana-mana orang yang kenal orang itu, yang memukul pakai
baju BERSIH Itu, beritahu kita," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar.
Katanya, polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam siasatan mereka itu.
Semalam Antarapos melaporkan satu rakaman video yang memaparkan seorang
lelaki dipukul bertalu-talu dengan batang buluh, menjadi viral di laman
sosial.
Dalam video berdurasi 15 saat itu, kelihatan mangsa yang dipukul di
penjuru bilik merayu kepada si pemukul agar menghentikan perbuatannya.
Bagaimanapun, mangsa tetap dipukul berulang kali di bahagian kaki.
Manakala seorang lagi lelaki berbaju BERSIH5 yang turut berada di dalam bilik tersebut hanya memerhatikan kejadian tersebut.
Sehingga kini, punca dan butiran kejadian tidak dapat dipastikan.
Ramai netizen menggesa pihak polis campur tangan dan menyiasat kejadian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan