DETIK DAILY
Oleh Subky Latif
SEKALIPUN
saya tidak gembira dengan politik Rafizi Ramli yang menyokong road
show orang-oang yang keluar PAS menubuhkan parti sendiri, tetapi tetap
pilu atas hukuman penjara 18 bulan terhadapnya.
Saya
menerimanya sebagai inna lillah waina ilaihi rajiun. Ia satu musibah
seperti seberat kematian seseorang. Sekalipun Rafizi tidak mati dengan
hukuman mahkamah itu, tetapi ia adalah keputusan hendak mematikan
politiknya dan orang-orang yang berjuang bersamanya.
Ia seperti membunuh politik kebenaran dan keadilan, bagi demokrasi dan kebebasan.
Yang
terhukum itu bukan Rafizi saja. Ia menghukum sekalian pejuang
prodemokrasi, prokeadilan dan prokebenaran, ia mematahkan gerakan
mendaulatkan undang-undang, anti rasuah dan anti penyelewengan.
Maka
sayogia Rafizi dan keluarga serta rakan seperjuangan diberi ucapan
takziah atas musibah yang dihadapinya. Takziah itu tidak sekadar buat
Rafizi dan keluarga, bahkan adalah untuk kita semua. Maka Rafizi dan
semuanya jangan putus asa atas segala yang terjadi itu dan tidak
menyesal atas tindakannya yang menyebabkan dia dihukum sebegitu rupa.
Berbanyak
sabar bagi lazimnya orang-orang yang menerima ujian. Jika diuji dengan
musibah berbanyak sabar, jika diuji dengan nikmat bersyukur.
Dia
telah melakukan kerja yang mulia, yang diketahuinya tindakannya
mendedahkan sebagian daripada kandungan penyelewngan 1MDB yang diOSA
berisiko tinggi seperti yang dikenakan kepadanya sekarang. Dia wajar
dipuji demi keberanian memberi bukti jenayah skandal itu sesuatu mesti
didedahkan.
Yang didedahkan itu tidak semestinya palsu tetapi
ia telah dijadikan barang larangan didedahkan. Ia jadi larangan bukan
ia rahsia besar, tetapi rahsia umum yang cicak mengkarung pun tahu
mengenainya, dijadikan larangan bagi melindungi bapak-bapak skandal
bertanggungjawab atas kecurangannya.
Sistem undang-undang
diperalat bagi melindungi penyelewengan orang atas. Maka sistem keadilan
kita sudah dilihat sebagai undang-undang yang membebaskan si penikam,
dua saksi tergantung. Bunyinya macam mencarut, tetapi politik dan
demokrasi kita memang layak dicarut.
Rafizi belum
dipenjarakan. Dia merayu dulu. Rayuan adalah hak dan peluang bagi yang
dijatuhkan hukum bagi membela tidak bersalahnya. Tetapi kes-kes politik
tidak begitu meyakinkan ia peluang bagi mendapatkan keadilan. Ia
kira-kira peluang bagi menangguh menjalani hukuman.
Keputusan
mahkamah atasnya tidak diterima orang ramai. Macam Datuk Harun Idris.
Dihukum dan dipenjara. Orang ramai tolak keputusan itu. Datuk Seri
Anwar Ibrahim. Orang tak terima. Maka Rafizi ini juga orang tak terima.
Apa jadi pada sistem kejaksaan apabila rakyat tak terima.
Rafizi
dijatuhkan hukum atas jenayah mendedahkan kejahatan orang yang disyaki
penjenayah. Perkara yang didedahkannya bukan satu rahsia yang semua
patut patuhi. Ia adalah seperti jenayah-jenayah lain.
Tetapi
kerana yang bersangkut dengan 1MDB sudah masukkan dalam OSA maka jadi
salah jika diungkit. OSA yang ada itu sendiri dipersoal keadilannya. Ia
dikira undang-undang zalim. Ia sangat senang disalahguna. Kemudian
sisatan 1MDB dimasukkan dalam OSA dipertikai adilnya. Hal yang dirasakan
tidak adil itu dimasukkan pula dalam OSA yang tidak adil itu. Maka
semuanya keadilan buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
Dengan
hukuman itu Rafizi hilang kelayakan bertanding dalam PRU14.
Ketiadaannya dalam Parlimen bukan kerugian bagi partinya PKR dan
pembangkang, tapi kerugian untuk semua, untuk Parlimen, rakyat dan
negara.
Percayalah Rafizi tidak mati. Orang sepertinya jika
bekerja untuk Islam sentiasa dikira melakukan jihad yang besar. Mengata
zalim kepada yang zalim, tinggi kedudukannya dalam Islam. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan