Jumaat, 18 November 2016

Himpunan Bersih 5 Diteruskan Walaupun Maria Chin Ditahan

DETIK DAILY
 

 

PETALING JAYA: Perhimpunan Bersih 5.0 akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan, kata Ahli Jawatanluasa Pemandu Bersih, Fadiah Nadwa Fikri.


"Tiada apa yang berubah walaupun ditahan. Kita akan teruskan seperti yang dirancang," kata Fadiah.

"Semua ahli jawatankausa pemandu akan berada di sana esok, jadi antara kami akan berada di Bangsar dan sebahagian lagi di Dataran Merdeka dan juga Masjid Negara," katanya.

Terdahulu, polis menyerbu pejabat Bersih, dan menahan Chin dan ahli sekretariat Bersih, Mandeep Singh, serta merampas 10 komputer riba dan beberapa dokumen.

Ia kemudiannya didedahkan bahawa penahanan mereka berhubung dana Bersih daripada hartawan Amerika Syarikat (AS), George Soros menerusi Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF).-Mstar

Tiada ulasan: