Jumaat, 25 November 2016

Kamu nak terajang, saya tetap perjuangkan hak rakyat, kata Khalid Samad

ARIF ATAN
 
 
Khalid ketika bercakap di dewan selepas insiden beliau diserang pagi tadi berpendirian tidak akan berhenti menegakkan kepentingan rakyat walaupun beliau akan diserang.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Khalid ketika bercakap di dewan selepas insiden beliau diserang pagi tadi berpendirian tidak akan berhenti menegakkan kepentingan rakyat walaupun beliau akan diserang.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.


Cuba diterajang oleh kumpulan samseng dipercayai ahli Umno dan penyokong Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) tidak akan berhenti menegakkan kepentingan rakyat.

“Kamu nak terajang saya ke, kamu nak belasah saya ke, saya tetap akan bersuara dalam Dewan (Rakyat) ini memperjuangkan hak rakyat,” katanya dalam perbahasannya tengah hari ini.

Khalid mengulas insiden serangan lebih 10 individu termasuk lelaki dipercayai anak Tajuddin serta beberapa wanita bertudung merah dan merah jambu sebaik beliau tiba di luar bangunan Parlimen pagi tadi.
“Ada salah seorang daripada mereka mendakwa, saya tidak tahu betul atau tidak, bahawa dia adalah anak Pasir Salak.

“Saya tak tahu. Saya tak tahu. (Pihak) Keselamatan boleh periksa kad pengenalan, nama (pelawat) yang ada,” ujarnya sambil menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan penyerang terbabit.

Dalam serangan yang kemudiannya dapat dikawal pihak keselamatan itu, seorang lelaki dengan pas masuk Parlimen berkaca mata hitam, berkemeja putih serta berkot dan bertali leher warna kelabu menjerit kepada Khalid, “Kenapa panggil bapak aku sial?”

Insiden ganas hari ini dilihat susulan daripada pertikaman lidah yang dicetuskan terlebih dahulu oleh Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani apabila mengaitkan Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Ekoran itu, beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan pada sidang Dewan Rakyat, 21 November lalu bangkit membantah kenyataan timbalan menteri Umno yang merujuk kepada alat sulit lelaki itu termasuk Khalid yang menggelarkan Tajuddin sebagai ‘menteri sial’.

Tiada ulasan: