Sabtu, 19 November 2016

Tun Mahathir buat kejutan, hadir himpunan BERSIH 5

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan kini berada di LRT Bangsar dan sedang dalam perjalanan untuk menyertai himpunan BERSIH 5, di ibu kota.
 
Difahamkan, bersama Dr Mahathir adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Pembantunya, Sufi Yusof berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menghadiri persidangan di Sudan telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada 12.30 tengah hari.
 
"Beliau turun dari pesawat dengan memakai kemeja-t kuning Bersih 5 di lapisan atas kemeja putih berkolarnya.
 
"Beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sekarang," kata Sufi.
 
Dr Mahathir sebelum ini lantang mengkritik penganjuran himpunan BERSIH sebagai mencemarkan nama negara.
 
Namun beliau akhirnya terpaksa menyokong himpunan itu selepas segala usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui jalan buntu.
 
Beliau juga bertindak keluar daripada Umno dan menubuhkan PPBM untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN).
 
Pada Rabu, Dr Mahathir menerusi video mengajak rakyat Malaysia menyertai perhimpunan itu.
 
Tahun lalu, Dr Mahathir menyertai Bersih 4 bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
 
 

Tiada ulasan: