Rabu, 9 November 2016

Bimbang Trump menang, saham Asia jatuh

Oleh Bloomberg
 
 


Saham Asia jatuh hari ini dalam dagangan tidak menentu berikutan pelabur menantikan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat dengan pasaran sedang bersedia sekiranya calon Republican, Donald Trump berjaya mengalahkan calon Democrat, Hillary Clinton.

Indeks MSCI Asia Pacific jatuh 1.7 peratus kepada 135.58 setakat jam 12.30 tengahari di Tokyo selepas meningkat sebanyak 0.8 peratus sebelumnya.

Para pelabur terpaksa berdepan dengan dagangan tidak menentu pada hari ini dengan keputusan awal menyaksikan Trump mendahului sekali gus menjadikan pilihan raya tersebut semakin sengit berbanding jangkaan.

"Dengan semakin banyak undi yang dikira dan Trump dilihat mempunyai potensi besar untuk menang, pasaran kini sedang merudum jatuh.

"Ini menyebabkan orang ramai hilang kawalan. Kami semua terkejut," kata, pengurus kekayaan swasta, Shaw and Partners Ltd di Sydney, Karl Good.

Sejak semalam, Indeks MSCI Asia Pasifik telah jatuh sebanyak 3.1 peratus daripada kemuncaknya yang direkodkan pada September kerana para pelabur sedang memerhatikan pilihan raya yang meletakkan kepimpinan ekonomi terbesar dunia berada di persimpangan berhubung isu imigrasi, perdagangan dan peranan Amerika di dalam dunia yang lebih luas.

Spekulasi mengenai peluang Clinton telah menambahkan jangkaan yang Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar kepada 8.4 peratus bulan depan, demikian menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.

Indeks Topix Jepun hilang 4.7 peratus dengan yen didagangkan pada 101.56 berbanding dolar selepas ia semakin lemah sejak tiga hari lalu. Indeks Kospi, Korea Selatan, jatuh 3.3 peratus manakala Indeks Straits Times Singapura, rugi dua peratus.- Bloomberg


Tiada ulasan: