shahbudindotcom
Sejak
adanya Salleh Said Keruak dalam kabinet kerajaan lebih setahun yang
lalu, ramai antara kita sebenarnya tidak memerlukan lagi Harith
Iskandar, Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Sepahtu dan lain-lain pelawak
untuk menghiburkan hati.
Kenyataan
demi kenyataan yang dikeluarkan Salleh sudah cukup terasa menggelikan
hati, malah kadang-kadang mampu membuatkan kita ketawa atau senyum
selama berhari-hari.
Kenyataan
terbaru beliau berkaitan WSJ berikutan pendedahannya berhubung
perbelanjaan mewah Rosmah Mansor sebanyak RM24 juta antara tahun 2008
hingga 2015 untuk pembelian pakaian, kasut dan barang-barang kemas,
amat-amatlah menggelikan hati.
Salleh
menyarankan WSJ yang berpangkalan di Amerika Syarikat agar meletakkan
calon dalam pilihanraya umum datang kerana mendakwa akhbar tersebut
mempunyai minat dan kecenderungan mendalam terhadap hal ehwal politik
Malaysia.
Mereka berkelakuan seperti ahli politik dan berkempen, bukannya sebagai media yang boleh dipercayai dan bebas, tambahnya lagi.
Kenyataan
Salleh kali ini bukan saja membuat manusia terasa geli hati dan ketawa,
bahkan haiwan di hutan dan ikan-ikan di lautan boleh jadi sama-sama
terdampar kegelian.
Mana tidaknya, dalam usaha untuk mempertahan, membela dan membodek Najib, Salleh nampaknya sanggup sehingga berkata apa saja.
Kerapkali
kata-katanya tidak menggambarkan kedudukannya sebagai menteri, tapi
cuma bercakap untuk menampakkan seolah-olah beliau dilihat bekerja oleh
Najib.
Sebab
mengapa pendedahan demi pendedahan oleh media antarabangsa, khususnya
WSJ lebih tertumpu kepada Malaysia dan tidak negara-negara lain adalah
kerana salah Najib juga. Ia bukan salah sesiapa.
Jika
Najib dapat mengawal isterinya sepertimana Tun Razak membatasi Tun
Rahah atau seperti Tun Mahathir mengawal Tun Siti Hasmah, tidak berkawan
dengan Jho Low, tidak menubuhkan 1MDB dan tidak menerima wang ribu-ribu
juta melalui akaun peribadinya, barangkali tumpuan terhadap Malaysia
hanyalah biasa-biasa saja.
Apa
yang didedahkan oleh WSJ ialah kerana wujud kesalahan yang
dilakukannya. Dalam kes pembayaran menggunakan kad kredit Najib sebanyak
RM24 juta misalnya, maklumat berkenaan tentu saja dalam pengetahuan
syarikat kewangan tertentu dan tidaklah mustahil WSJ turut dikongsi
maklumat itu.
Apa
yang perlu Salleh lakukan ialah menjawab dan membuat penafian berfakta,
atau menggesa Najib menyaman jika ia fitnah dan bukannya dengan
melencongkan hujah dengan meminta WSJ bertanding dalam pilihanraya.
Itu kelakar namanya bahhh....
Dengan
meminta WSJ bertanding dalam pilihanraya, ia samalah seperti meminta
Utusan atau TV3 turut bertanding meletakkan calon di Selangor, Pulau
Pinang atau Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan