MALAYSIAKINI
Ahli exco Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen mengecam apa yang
disifatkannya sebagai tindakan "terpilih" selepas beliau digantung
kerana dikatakan cuba mensabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Rafiq berkata beliau digantung
sebagai ahli Umno selama enam tahun atau dua penggal manakala jawatannya
sebagai exco Pemuda Umno juga digugurkan.
"Saya dijatuhkan hukuman yang sangat berat ini atas hanya satu
pertuduhan kononnya saya didapati menghasut dan merancang untuk
melakukan sabotaj terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron melalui
satu Program Bicara Negarawan yang dicadang dianjurkan di Melaka pada
tahun lalu,” katanya.
Acara ini, katanya adalah untuk menampilkan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perbincangan tentang masa depan Umno
menjelang pilihan raya umum ke-14.
Mohd Rafiq yang kecewa dengan penggantungan itu berkata acara itu
tidak menjadi kenyataan dan jemputan awal dibuat kepada Mahathir ketika
beliau masih ahli Umno.
Mohd Rafiq berkata beliau memanjangkan jemputan itu sebagai bantuan
kepada seorang ketua cawangan Umno yang berminat untuk menganjurkan
majlis yang menampilkan Mahathir tetapi kemudian membatalkannya atas
kebimbangan mereka tidak boleh mengawal setiap butir kata ucapan bekas
perdana menteri itu boleh katakan.
Beliau berkata setahun selepas kejadian itu, Idris atas sebab
tertentu membangkitkan isu berkenaan semula sehingga menyebabkan beliau
dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno.
"Saya berasa hairan bagaimana saya boleh dituduh menghasut dan
merancang untuk mensabotaj Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan
Umno Melaka dan dijatuhkan hukuman yang sangat berat atas program yang
tidak dianjurkan saya oleh saya, dan yang paling penting program itu
dibatalkan dan tidak diteruskan atas usaha saya menyakinkan pihak
penganjur sendiri,” katanya.
Mengutuk tindakan terpilih itu, Mohd Rafiq berkata, ada pemimpin Umno
lain yang melakukan dosa lebih besar tetapi tidak menghadapi sebarang
tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan