Ahad, 15 Mei 2016

Pas Selangor tidak sertai program bersama Tun Dr Mahathir 14 Mei

MALAYSIA DATELINE


Presiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas SelangorPresiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas Selangor


Badan Perhubungan Pas negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10 Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa Pas Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati malam ini.

"Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut," kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif

Menurutnya, Pas Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Selain itu katanya, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.

"Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu Umno kekal berkuasa," katanya

Pas Selangor katanya,percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin da faham akan keadaan negara. PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

Tiada ulasan: