Ahad, 15 Mei 2016

JDT menang Piala FA, apa kata netizen?

JDT menang Piala FA, apa kata netizen?
Pemain pasukan JDT, Jorge Rolandopereyra Diaz (kiri) bersama rakan sepasukannya, Juan Marin Lucero meraikan kejayaan selepas pasukan JTD menjuarai Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam, malam ini. Pasukan JDT menjuarai perlawanan berkenaan apabila menewaskan PKNS FC dengan jaringan 2 - 1 gol. - Foto Bernama
 
 
'PEDULIKAN apa orang kata'. Ini antara kata-kata yang ditulis netizen kepada pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) susulan kritikan yang membanjiri media sosial di atas kemenangan pasukan itu.
JDT membenamkan PKNS FC, 2-1 pada perlawanan akhir Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam sekali gus menobatkan pasukan milik Tunku Mahkota Johor itu sebagai juara Piala FA.

Melalui laman Facebook, Siti Zubaidah Wan Mohamed menulis, “Assalamualaikum tahniah pada pemain bola sepak JDT. Semoga akan lebih terbaik lagi. Peduli apa orang nak kata. Alhamdulillah Johor menang kan...kan.”

Ada juga komen yang memuji penyokong pasukan bola itu yang terus memberikan sokongan padu kepada JDT.

“Yang hebat dan menarik tentang JDT ini penyokongnya memang ‘rare’ lah...dah macam ‘european league’. Mana tak semangat pemain atas padang. Pujian harus diberikan pada anda,” kata seorang pelayar.

Sementara Indah Rahmat mengajak semua pihak agar tidak dengki dengan kejayaan tersebut.

“Janganlah dengki atas kejayaan orang lain. Itu rezaki yang ALLAH beri, jangan cuba pertikai. Dari caci, cerca, kutuk-kutuk, bukan lebih baik ucap tahniah dan berdoa moga pasukan yang anda sokong diberi kekuatan semangat harimau untuk menang musim akan datang. Untuk JDT aku memang bangga sangat dengan kalian,” tulisnya.

Sementara Dee De menyifatkan kalah menang itu sebagai adat permainan dan ia tidak perlu dipertikaikan.

“Ada kalah, ada menang dan kepada yang menang itu, tahniah. Kepada yang kalah tak perlu nak pertikai. Cuba kalau PKNS yang menang dan dibuatnya penyokong JDT pertikai kemenangan itu, mesti penyokong PKNS panas hati kan? Begitu jugalah sebaliknya. Kalau kalah jangan pertikai, JDT menang dah pun,” katanya.

Susulan isu tiada pemain kelahiran negeri Johor dalam pasukan itu yang terus jadi pertikaian, Kasim Sabtu membela JDT dan menyifatkan pasukan bola itu cuma mahukan kemajuan bola sepak Malaysia dan semangat kenegerian bukan fokus utama.

“Jadi, siapa main cantik pergilah ke Johor. Johor bukan negeri perkauman,” katanya.

Tidak kurang juga netizen yang mengucapkan tahniah kepada JDT dan PKNS atas kejayaan mereka, semalam.


Tiada ulasan: