Ahad, 10 Januari 2016

Tergesa-gesa' tandatangan TPP seperti tidak hormat rakyat


TPP


SHAH ALAM - NGO yang menggelar diri Bantah TPPA menyifatkan tindakan kerajaan yang 'tergesa-gesa' menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak menghormati pandangan rakyat.

Pengerusinya, Mohd Nizam Mashar mendakwa, keadaan terlalu suntuk untuk semua pihak memahami terma terkandung dalam teks penuh perjanjian itu dan ruang mendapatkan maklumat lanjut juga terhad.

"Kita telah beri pandangan tentang isu ini sejak dua tiga tahun lalu lagi, tapi akhirnya kerajaan tetap memasukkan perkara-perkara yang kita bangkitkan sebelum ini. Kita sudah tidak boleh ubah apa-apa lagi. Sama ada kita terima semuanya atau tolak sahaja.

"Bantah TPPA minta isu ini dibahas di Parlimen sejak dua tahun lepas supaya maklumat sampai kepada semua ahli Parlimen dan mereka sedar apa yang sedang berlaku dan rakyat boleh bincang dan akhirnya jadi isu nasional. Bukan sekarang nak bahas apabila dua bulan lagi kita sudah nak tanda tangan," kataya ketika berucap dalam Sidang Kemuncak TPPA 2016, di sini, hari ini.

Nizam yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis TindakanEkonomi Melayu (MTEM) mengulangi kenyataannya bahawa manfaat yang diterima kerajaan dalam perjanjian itu sangat sedikit berbanding risiko yang bakal diterima

Tiada ulasan: