Selasa, 19 Januari 2016

Setiausaha AMK saran DAP serah sebahagian kerusinya kepada PAN

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang mencadangkan agar sebahagian kerusi majoriti Cina milik rakan sekutunya, DAP diserahkan kepada Parti Amanah Negara (PAN), dalam usaha untuk meyakinkan lagi bahawa parti demokratik itu sebagai sebuah parti berbilang kaum. 
 
Beliau yang dipetik Malaysiakini berkata, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada PAN.
 
"Ini akan membantu PAN mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum," katanya dipetik portal berkenaan. 
 
ADUN Teja itu berkata, walaupun DAP mungkin berdepan risiko kekurangan separuh jumlah kerusi yang disandang sekarang seandainya PAN kalah dalam semua kerusi yang ditukar itu, namun ujarnya, ia sesuatu yang perlu untuk mengubah DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.
 
Malah ujarnya, PAN boleh mencapai kemenangan sekiranya DAP memberikan sokongan. 
 
Menyentuh lebih lanjut, ujar Chang, punca DAP menghadapi masalah persepsi di kalangan pengundi Melayu walaupun cuba berusaha keras memenangi hati bangsa itu adalah disebabkan modus operandi parti berkenaan. 
 
Ini katanya disebabkan oleh DAP yang aktif dalam politik di kawasan majoriti Cina, yang seterusnya menyumbang kepada tanggapan bawah ia kurang sensitiviti terhadap orang Melayu. 
 
Ujarnya lagi, transformasi untuk menjadi parti berbilan kaum tidak akan berjaya jika DAP hanya meningkatkan keahlian di kalangan orang Melayu namun tetap bertanding di kerusi majoriti Cina.
 
 
 
 

Tiada ulasan: