KUALA LUMPUR,  MIC mahu PLUS Malaysia Berhad mempertimbangkang semula rancangan untuk mendirikan tembok di sepanjang Lebuhraya Persekutuan yang juga menempatkan Kuil Sri Maha Mariamman Midlands di Shah Alam.


Ketua MIC Bahagian Kota Raja, R.S. Maniam tidak bersetuju dengan rancangan pembinaan tembok itu yang dikatakan untuk mengawal banjir di kawasan terbabit, dan akan mengadakan pertemuan dengan pihak lebuhraya berkenaan untuk perbincangan.

“Saya difahamkan oleh pihak kuil bahawa tembok itu setinggi 7 kaki dan sepanjang 700 meter.

PLUS perlu mepertimbangan dengan serius pembinaan tembok itu. Saya ingin menyampaikan pesan kepada Pengarah Urusan PLUS apabila pertemuan diadakan nanti,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Maniam berkata, sekiranya tembok itu menghalang pemndangan kuil, ia tidak mengubah apa-apa kerana lima gopuram (menara) kuil itu adalah lebih 50 kaki tinggi berbanding tembok yang dikatakan 7 kaki tinggi.

Katanya, mereka yang melalui Lebuhraya Persekutuan ke menuju atau dari Shah Alam, dan mereka yang melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM) dsapat melihat kuil berkenaan.

“Jika PLUS membina tembok berkenaan maknanya orang ramai tidak dapat melihat kuil Gopuram. Ia keputusan yang tidak masuk akal untuk membina tembok 7 kaki tinggi bila saya dapat melihat kuil itu dari jarak satu kilometer,” katanya.

Dia turut menjelaskan berhubung pembinaan kuil itu, apabila perbincangan diadakan, terdapat keputusan bahawa gopuram sepatutnya tidak boleh melebihi 36 kaki.

“Pihak kuil dan saya bertemu dengan datuk bandar dan saya berikan banyak sebab mengapa ia perlu diluluskan untuk dibina lebih daripada 36 kaki.

“Salah satu sebabnya adalah Sultan Selangor peenah menyebut bahawa tidak ada banyak kuil di Shah Alam. Saya bawakan perkara ini, terdapat kebimbangan tiada banyak kuil.

“Jadi saya beritahu beliau (datuk bandar) sekiranya kuil diberi kelulusan untuk bina lebih daripada 36 kaki, ia akan menjadi tarikan pelancong untuk Selangor dan Shah Alam,” jelasnya.

Hasil daripada keputusan itu katanya, kini kuil itu telah menarik ramai pelancong.

“PLUS perlu mencari cara lain untuk mengambil tindakan mengatasi masalah banjir.

“PLUS juga perlu pertimbangkan dari sudut agama. Ini bukan masalah Islam atau Hindu, ia adalah masalah Malaysia. Kita patut berfikir luar daripada agama,” katanya.

Walaupun timbul isu berhubung pembinaan tembok itu, sumber menyatakan bahawa mungkin terdapat salah faham daripada masyarakat di kawasan itu berhubung pembinaan tembok berkenaan.

Sumber itu berkata, memang terdapat pembinaan tembok, yang mana ia merupakan satu daripada pelan untuk meningkatkan sistem perparitan termasuklah membina tembok penghadang.

Bagaimanapun tembok yang dibina itu hanyalah setinggi satu meter dan bukan 7 kaki sebagaimana yang didakwa.

“Tiada keperluan untuk bina tembok setinggi 7 kaki, tiada isu berkaitan orang tidak boleh melihat kuil itu. Ia hanya untuk menghalang air daripada mengalir ke dalamnya.

“Walaupun ia dibina satu meter, ia tidak sampai kepada kawasan kuil itu,” kata sumber itu.