Ahad, 17 Januari 2016

Penduduk bantah pembalakan di kawasan tadahan air

Penduduk bantah pembalakan di kawasan tadahan air
- Foto Sinar Harian


TAMPIN - Lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Jerneh dan berdekatan berhimpun secara aman bagi mempersoalkan dan membantah aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Empangan Gemencheh, di sini, petang tadi.

Perhimpunan yang bermula seawal jam 2.00 petang itu diketuai oleh Ketua Umno Cawangan Kampung Sungai Jerneh, Shamsudin Adam.

Turut menyertai bantahan ialah jawatankuasa Gerakan Marah Perjuang Negara (GMPN) Negeri Sembilan.

Menurut Shamsudin, tindakannya itu mewakili suara hati 350 penduduk kampung yang mahu aktiviti pembalakan berkenaan dihentikan kerana merosakkan ekosistem dan alam sekitar.

Himpunan kemudiannya bersurai pada jam 3.15 petang selepas menerima nasihat serta teguran dari Ketua Polis Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang.


Tiada ulasan: