SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman meminta ahli-ahli PAS tidak terpedaya dengan serangan musuh politik yang mahu menggugat kekuatan parti.
Tegasnya, pemimpin parti itu yang berada di dalam kepimpinan kerajaan
negeri juga tidak leka dengan tanggungjawab mereka untuk berkhidmat
kepada rakyat.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor,
Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa kerajaan negeri kini ditabdir oleh
sebuah kerajaan yang cacamarba.
"Jangan terlalu terbawa dan terikut dengan serangan Umno yang tidak
bertanggungjawab. Jika itu yang disebut oleh Noh, tidakkah beliau sedar
Umno juga menghadapi pelbagai dilema?," soal ADUN Meru itu ketika
dihubungi Antarapos, hari ini.
Noh terdahulu 'hairan' bagaimana PAS dan musuhnya, Parti Amanah Negara
(PAN) boleh bekerjasama di dalam kerajaan negeri sedangkan PAS bukan
sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan.
Kehairanan itu ekoran keputusan kerajaan negeri yang memberi beberapa
kerusi ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada PAN walaupun
dibantah keras oleh PAS sebelum ini.
Noh, dalam pada itu mempersoalkan sama ada PAS boleh bertolak-ansur
menerima dasar-dasar DAP dan PAN dalam kerjasama mereka di dalam
kerajaan negeri.
Abdul Rani kemudiannya mengulangi pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor,
Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa kerjasama PAS di dalam kerajaan negeri
bersama DAP dan PKR berdasarkan kemenangan yang diraih bersama di dalam
pilihan raya umum yang lalu.
Sehubungan itu tidak timbul sebarang masalah untuk meneruskan kerjasama
itu walaupun Pakatan Rakyat sudah terkubur pada Julai tahun lalu dan
digantikan dengan Pakatan Harapan.
"PAN sendiri tidak pernah bertanding di dalam pilihan raya. Saya
berpegang kepada pendirian Datuk Iskandar Samad bahawa setakat ini kita
mengiktiraf Pakatan Rakyat.
"Selepas PRU-14, jika mereka nak tubuhkan Pakatan Harapan itu
terpulanglah. Setakat ini yang boleh kita bekerjasama adalah Pakatan
Rakyat iaitu PAS-DAP-PKR.
"Saya tidak nampak sebarang kesukaran. Contohnya bagi kerusi ahli
majlis PBT, PAS langsung tidak berkompromi, malah parti-parti lain yang
beri kerusi kepada," ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan