Jumaat, 15 Januari 2016

Doktor nasihat Hadi berehat

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Isnin lalu, dinasihatkan berehat dan mengurangkan menerima kunjungan tetamu.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata hasil pemeriksaan rutin mendapati tiada masalah jantung dialami Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya, Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kerana meluangkan masa menziarahinya di IJN.

"Abdul Hadi juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli PAS serta rakyat yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

"Walaupun Abdul Hadi kini berada dalam keadaan stabil, beliau dinasihatkan pakar perubatan supaya berehat dan mengurangkan kunjungan tetamu," katanya.

Selain Najib dan Ahmad Razif, turut menziarahi Abdul Hadi ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Naib Ketua Umno Marang, Tengku Zainuddin Tengku Zahid.

Tiada ulasan: