KAJANG: Dua pelajar sekolah berusia 13 tahun maut manakala dua lagi
pemandu wanita cedera selepas lori hantu melanggar 15 motosikal, sebuah
van dan dua kereta di hadapan SMK Bandar Damai Perdana, 12.50 petang
tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani
Harul berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada masalah
brek lori dan ketika itu, pemandu lori itu sedang memandu menuruni
kawasan bukit.
Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian pemandu itu gagal mengawal
kenderaan sebelum melanggar dua kereta, sebuah van , 15 motosikal dan
akhirnya pokok di hadapan sekolah.
Sementara itu, seorang penjual air di hadapan sekolah itu, Shahairi Abu
Bakar, 40, berkata, dua pelajar sekolah itu sedang membeli makanan di
gerai berhampiran dan mereka ditemui di bawah van selepas perlanggaran
itu.
Katanya, pemandu lori warga asing itu cuba melarikan diri namun ditahan
pelajar sekolah sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -
Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan