Rabu, 13 Januari 2016

Bauksit: Dua pegawai PTG didakwa terima rasuah

Bauksit: Dua pegawai PTG didakwa terima rasuah
Pegawai SPRM membawa Syed Umar Khalil ke mahkamah.


KUANTAN - Dua pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kuantan, hari ini, atas tuduhan menerima suapan rasuah.

Tertuduh, Syed Umar Khalil Syed Khalid, 34, telah bersubahat dengan Fadly Ab Malek, 35, untuk menerima suapan sebanyak RM30,000 sebagai balasan memberi perlindungan bagi menjalankan aktiviti perlombongan bauksit secara haram.

Manakala Fadly menerima satu lagi suapan sebanyak RM35,000 bagi pertuduhan menjual Borang 13D di bawah Peraturan-peraturan Mineral 2005.

Kedua-dua pegawai PTG terbabit merupakan antara empat yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 6 Januari lalu.


Tiada ulasan: