IPOH: Seramai 33 individu dikompaun RM250 seorang kerana merokok di
kawasan Rehat dan Rawat (R&R) seluruh Perak dalam operasi dua hari
bermula 5 Januari lalu, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Juita
Ghazalie.
Beliau berkata Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil
Tembakau 2004 itu dijalankan serentak di 18 R&R dan melibatkan 15
pasukan dengan jumlah anggota seramai 103 orang.
Katanya operasi dijalankan secara serentak di seluruh daerah bagi memberi impak penguatkuasaan yang menyeluruh.
"Jumlah kompaun yang dikeluarkan sepanjang operasi adalah sebanyak RM8,250.
Individu yang ditangkap perlu menjelaskan kompaun yang ditawarkan di Pejabat Kesihatan Kinta.
"Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh 30 hari, kes akan didaftar di
mahkamah dan saman akan dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini,
hari ini.
Kawasan R&R merupakan satu daripada 22 kawasan larangan merokok
yang telah diwartakan Kementerian Kesihatan dan mula dikuatkuasakan di
Perak sejak Jun 2015.
"Penguatkuasaan larangan merokok di kawasan berkaitan bertujuan
melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok basi," katanya.
Menurut Dr Juita orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu
yang merokok di kawasan R and R boleh menghubungi Pejabat Kesihatan
Daerah untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan