Berita Kenaikan Harga RON95 Naik
Malaysia 1 April 2015 Palsu dan Minyak RON95 Tidak patut Naik! Sejak
lewat petang semalam sudah terbitnya kerisauan dikalangan jutaan rakyat
Malaysia di mana sudah mula tersebarnya berita kenaikan harga minyak
Ron95 naik bermula tengah malam ini 1 April 2015 melalui aplikasi
Whatapps. Di mana kebenarannya?
Berdasarkan sejarah kenaikan harga minyak naik di Malaysia, ternyata begitu banyak elemen kejutan untuk rakyat Malaysia.
Kerajaan Malaysia akan mengumumkan di
saat akhir sekaligus mencetuskan suasana panik sehingga jam 11:59 malam
dengan deretan kenderaan rakyat Malaysia beratur panjang di stesen
minyak Petronas, Shell, Petron, BHP yang berdekatan dengan harapan
mereka dapat mengurangkan seberapa banyak kos perbelanjaan minyak RON95
mereka sebelum kenaikan harga RON95 naik bermula 12 tengah malam.
BACA BERITA INI : Gaji Pendapatan Bawah RM4,000 Boleh Beli Minyak Petrol RON95
Dengan Subsidi. Apa Nasib RM4,001 Hingga RM12,000?
Sejarah Kenaikan Harga RON95 Naik 2015?
- Januari 2015 : Harga RON95 RM1.95 seliter
- Februari 2015 : harga RON95 RM1.70 seliter
- Mac 2015 : Harga RON5 RM1.95 seliter
Terkini berdasarkan maklumat dan berita
yang disampaikan melalui aplikasi Whatapps, rakyat Malaysia bakal
dihidangkan dengan harga ROn95 yang baru bermula esok hari dengan nilai
kenaikan sebanyak 11 sen. Benar atau tidak?
Di saat rakyat berada dalam suasana
resah dan gusar melihatkan bebanan kos sara hidup dan harga barang baru
yang bakal dihadapi mereka disebalik perjalanan GST malaysia 6% bermula 1
April 2015, kenaikan harga minyak RON95 naik sangatlah tidak munasabah
yang mana bakal membebankan kalangan rakyat marhaen di Malaysia
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa
setakat ini menunjukkan dan Berita Semasa juga difahamkan
tiada kenaikan harga minyak RON95 naik bermula 1 April 2015. Insyaallah.
P/S : Disebalik trend “crude oil”
yang dilihat menurun, secara tiba-tiba pula ada serangan besar-besaran,
sekaligus menidakkan kejatuhan harga minyak dunia kembali melonjak pada
10 hari terakhir Mac 2015 ini. Adakah ini disebalik kesan Perang Yamen?
PP/S : Diharap lebih berhati-hati dengan berita harga RON95 naik apatah lagi melalui aplikasi Whatapps.
1 ulasan:
Memey depa sengaja viralkan begitu supaya ada tekanan sikit pd kerajaan yg tekena penyakit pekak badak tak gitu kan
Catat Ulasan